Yeshwanpur, sebuah pekan kecil yang menjadi nadi kehidupan kepada ratusan peniaga untuk mencari sesuap makanan. Dek kerana kepesatan pembangunan yang dikecapi, sebuah kawasan yang dulunya meriah dengan aktiviti perniagaan, pasar, runcit dan sebagainya kini bagai terbiar menanti masa ditelan zaman. Berdasarkan prinsip yang mahu kami tonjolkan yakni India yang tulen tanpa dipengaruhi aspek kemodenan, kami telah memilih kawasan ini untuk diterokai Athaaz untuk episod ini. Menggunakan kamera Sony berharga 360 euro dibeli beliau di Ebay, Athaaz akan merakamkan sebanyak mungkin gambar yang boleh merungkaikan erti kehidupan di bumi India. Sejauh manakah gambar yang diambil mampu menterjemahkan kehidupan mereka di sini? Adakah Athaaz mampu memikul tanggungjawab tersebut? Sama-sama kita nilai gambar-gambar yang telah beliau ambil dan menelitinya sendiri.
Setelah penat mengharung ujian yang kami berikan, kami telah mengadakan temubual untuk menyelami perasaan beliau mengenai kehidupan di Yeshwanpur dan tidak lepas juga bertanya akan pengalaman manis beliau di sana. Ikuti kisah beliau seterusnya selepas ini.
Saya mulakan perjalanan dari Divya Landmark Apartment; tempat dua rakan saya tinggal di India dan melangkah keluar dengan penuh keyakinan. Perasaan saya ternyata berbaur antara gembira, teruja, cemas dan bimbang kerana ini merupakan hari pertama saya mengikuti pertandingan ini. Adakah apa yang bakal saya lihat seperti apa yang digambarkan melalui filem2 hindustan? Polis2 yang jahat? Pengemis2 yang menggerunkan dan berbagai2 lagi persoalan bermain2 di minda.
Terasa jauh pula langkah menuju ke pekan Yeshwanpur. Dalam perjalananku, kawan2ku rancak bercerita akan kehidupan mereka di sini. Riang sungguh kami, bergelak ketawa tanpa menghiraukan pandangan pelik penduduk setempat. Arif bercerita rancak menekankan bahawa Yeshwanpur merupakan prelude kepada kehidupan golongan2 bawahab manakala Hadi serius memberikan tips berjalan kaki di India. Pelik sungguh bunyinya. 1) Dilarang berjalan berhampiran dinding kerana pasti bertakung lopak2 air hancing. 2) Dilarang memandang ke tempat lain melainkan bawah meneliti setiap langkah untuk mengelak terpijak najis haiwan mahupun manusia! 3) Jangan terpijak baya2 yang duduk di jalanan 4) Melintas dengan penuh berhikmah kerana jalan raya yang terlalu pelik dan merbahaya dan banyak lagi yang kebanyakannya hilang dalam ingatan.
Akhirnya saya tiba di Yeshwanpur. Meriah; penuh dengan manusia yang menjalankan perniagaan runcit, pasar mahupun buah-buahan. Rancak mereka berbicara agar laris jualan mereka berbanding peniaga yang lain. Kami ke kedai sayuran, daging dan ayam. Terliur sahaja apabila melihat jualan ikan yang mahal harganya; 1kilo Rs140 ataupun RM12 untuk sekilo ikan kembung! Baru saya mengetahui akan kehidupan sebenar di India yang saya sangkakan murah. Ternyata kos sara hidup di sini mahal sehingga ayam sekilo Rs80 begitu juga daging lembu Rs90. Sedang saya menjalankan kegiatan menangkap gambar, mampir seorang lelaki yang mahukan saya menangkap gambar beliau. Saya yang tidak memahami erti percakapan menganggap dia mahukan kamera saya.
Berdebar hati saya namun ternyata rakan2 datang membantu. Antara pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan adalah memakan samosa debu di dhaba (kedai tepi jalan) yang rasanya seperti McD. I don’t beeelieevee it!.... Ternyata cabaran ini memberikan seribu satu makna kepada saya dalam menilai erti kehidupan.
Read Online dell laptop repair manuals Paperback
4 years ago