Incredible India Race S1E2: Bangalore; Silicon Valley of India  

Posted by HaRdIeX d bLoG

Setelah berjaya mengharung segala cabaran yang diberikan kepada beliau dan berjaya menarik minat para juri dalam tugasan pertama, Athaaz dan rakan-rakan sekali lagi diberi tugasan untuk episod kedua ini. Kali ini, berdasarkan tema Bangalore; Silicon Valley of India, mereka ditugaskan untuk menjalankan eksplorasi ke seluruh Bangalore dan merakamkan tempat-tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong (ade ke? Sigh…) dalam masa satu hari. Pihak penganjur mengharapkan kelainan pada kali ini dan mahukan pengalaman yang bermakna agar tersemat dalam sanubari Athaaz.

Team Athaaz memulakan perjalanan dari Divya Landmark Apartment Ruang Pertapaan Athaaz di India....

seawal jam 9.00pagi. Dengan berjalan kaki, mereka mendaki bukit tinggi Yeshwanpur Toll Gate dan akhirnya tiba di bulatan Malleshwaram. Di sana, Athaaz membuat keputusan untuk merakamkan bangunan yang unik senibinanya menurut kacamata beliau. Bangunan tersebut tidak lain tidak bukan merupakan sebuah kuil yang lansung tidakdiambil endah oleh pelajar-pelajar Malaysia akan kewujudannya. Athaaz menegaskan bahawa mereka ini lebih wajar menekankan aspek-aspek kecantikan apabila melihat sesebuah bangunan dan bukannya bersikap prejudis (tak pernah aku terpikir nak amek gambo kuil…. Thani2….). Sesungguhnya, terdapat sebuah rahsia lain yang tidak diketahui oleh para pelajar akan keunikan bangunan ini melainkan team Athaaz sahaja menyedarinya. Untuk mengetahui apakah rahsia tersebut, jangan lupa melawati kuil itu (jgn masuk g sembah sudeyh) dan mencari rahsia tersebut yang hanya zahir bagi mereka yang teliti (muahahahhaha-ikmal, aku ngan thani jer tau). Bersandarkan kesungguhan Athaaz ini, pihak IIR berbesar hati memberi markah tambahan kepada beliau.

Setelah penat bergambar sakan di depan kuil?, Athaaz melangkah gagah ke sebuah lagi destinasi yang mendamaikan – Sankey Tank. Merupakan sebuah taman berkonsepkan ketenangan, taman ini mampu menenangkan pengunjung bertunjangkan kepada tasik yang mengelilingi taman tersebut. Rata-rata pengunjung akan bercanda mahupun berjogging mengelilingi taman seluas 3km ini. Ramai penduduk Bangalore yang tidak mengetahui? tasik ini dan sekali lagi usaha Athaaz merakamkan pemandangan di sini wajar diberi pujiaan dan sekali lagi Athaaz bijak mengambil hati para juri IIR kali ini.

Autorickshaw, Tut-tut dan pelbagai lagi gelaran diberikan kepada kenderaan 3 roda ini. Merupakan salah satu pengangkutan awam di India, Auto sememangnya merupakan kenderaan pasti dinaiki apabila seseorang di India. Penipu, cekik darah, ikut jalan jauh, kaki gaduh, perogol, ngada-ngada, gedik dan pelbagai lagi laporan telah diberikan pengguna mengenai para pemandu auto tidak kira agama; Islam mahupun Hindu. Alasan-alasan seperti jalan sesak, hujan dan lain-lain sering dijadikan pemangkin untuk mendapatkan wang lebih dan menaikkan BP seseorang terutamanya Adzmin(bukan nama sebenar)…. Bersandarkan sedikit pengetahuan ini, Athaaz telah memulakan perjalanan pertama beliau menggunakan Auto untuk ke MG Road; jalan paling sibuk di Bangalore yang mampu mengalahkan Tokyo?.

Di M.G. (Mahatma Gandhi-ramai tak tau lagi ke?), Athaaz telah diberikan tugasan bebas tetapi masih mempunyai tema tertentu. Beliau diminta melakukan perkara yang paling beliau ingati tatkala bersama rakan-rakan apabila keluar ke bandar. Bersama Arif dan Hadi? Apakah yang mereka lakukan? Mengingati saat-saat ketika keluar ke Alamanda, mereka telah berpesta KFC sehingga cashier takut melihat pesanan mereka…(Muahahahhahaha). Sesi menghabiskan KFC gagal terlaksana kerana masing-masing sudah lama meninggalkan dunia Alamanda. Justeru, Zinger Burger seperti biasa menjadi mangsa untuk di’parcel’kan. Memang terlalu banyak mata memandang melihatkan meja makan mereka yang penuh sehingga lawan di meja sebelah tercabar dan memesan Zinger sebanyak 3 ketul seorang…

Setelah berpesta makanan, sudah tentu tugasan perlu diselesaikan. Athaaz telah melangkah dengan penuh bersungguh-sungguh dalam mencari eye-catching building di MG Road. Antara yang menarik minat beliau adalah bangunan tertinggi di situ, Burton Tower, Metro (3 tiang LRT in making) dan juga Hard ROcK Cafe. Peristiwa yang sukar beliau lupakan di Hard RoCk CAfe adalah apabila dihalau pak guard kerek yang marah kerana team Athaaz berlonggok di depan kedai yang dijaganya meski tiada siapa yang kelihatan mempunyai hati dan perasaan untuk walau menjenguk masuk ke dalam kedai tersebut.

Vidhana Soudha. Bangunan pentadbiran dan tempat parlimen bersidang bagi negeri Karnataka. Sebuah bangunan yang menjadi mercu tanda Bangalore selaku ibu negeri. Bertempatkan kawasan yang seluas berhektar2, terdapat beberapa bangunan menarik yang wajar dilawati. Athaaz telah merakamkan sebanyak mungkin gambar di sana dengan harapan mampu menarik minat para juri IIR. Mampukah Athaaz berjaya kali ini dengan gambar2 yang diambil menerusi Sony mahal beliau? Apakah juri akan berpuas hati dengan buah tangan beliau kali ini? Ke manakah pula Athaaz akan pergi untuk episod seterusnya? Apakah bentuk cabaran yang akan beliau lalui? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya. Bertemu lagi minggu hadapan!

This entry was posted on Saturday, August 30, 2008 at 7:16 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

9 comments

tolon2.. camne nak up gambo pas2 bagi footnote kat bawah dier... asal aku up gambo jer, entri jadi beso pas2 aku malas nak up gambo banyak2.. kalo tak banyak lagi aku nak up.. sape terer java2 kat sini? nasehat pleasseee....

August 30, 2008 at 10:45 PM

wei
mana pernah naik BP aku dengan driver2 auto tu
naik penumbuk adalah
hahahaha.......

August 30, 2008 at 11:08 PM
Anonymous  

haha, aku tahu rahsia kuil tu!

August 31, 2008 at 1:04 PM

oiitt.. camne ko tau apis?
tidakkkkk

August 31, 2008 at 1:19 PM

owh..rahsia tu ke?
hahaha...teliti elok2 ye kawan2...

August 31, 2008 at 5:48 PM
Anonymous  

hahaha... adeyh syuk syuk.. hahaha... nway meja sebelah mmg order sampai 3 zinger eh? bukan colonel je ke.. huhu.. kesian dorg tgk meja kita.. haih... tp hajat utk ketemu baiya baiya depan kfc tak kesampaian.. huhu.. sedikit hampa disitu.. haha

September 1, 2008 at 1:21 AM
Anonymous  

saje2 blog hopping.. terlompat ke sini pulak.. wahahaha.. kelakar gile seh baca ko nyer post pasal incredible india race ni.. tambah2 pulak bile pesertanya adalah si jijik thani.. hihihi.. anyway, salam kenal.. p/s: thani.. apsal ko mcm makin besar jek dlm gambo2 nih?? hihi

September 10, 2008 at 3:48 AM
Anonymous  

hey jhaz... sibok je la kat sini.. hahaha... jhaz ni senior aku.. senior paling cool kt dublin. raja travel tue.. dah habes satu europe die jelajah..

November 10, 2008 at 5:30 AM

ooo.. yg ko citer tu kan..

December 8, 2008 at 2:35 PM

Post a Comment