Incredible India Race S1E2: Bangalore; Silicon Valley of India  

Posted by HaRdIeX d bLoG

Setelah berjaya mengharung segala cabaran yang diberikan kepada beliau dan berjaya menarik minat para juri dalam tugasan pertama, Athaaz dan rakan-rakan sekali lagi diberi tugasan untuk episod kedua ini. Kali ini, berdasarkan tema Bangalore; Silicon Valley of India, mereka ditugaskan untuk menjalankan eksplorasi ke seluruh Bangalore dan merakamkan tempat-tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong (ade ke? Sigh…) dalam masa satu hari. Pihak penganjur mengharapkan kelainan pada kali ini dan mahukan pengalaman yang bermakna agar tersemat dalam sanubari Athaaz.

Team Athaaz memulakan perjalanan dari Divya Landmark Apartment Ruang Pertapaan Athaaz di India....

seawal jam 9.00pagi. Dengan berjalan kaki, mereka mendaki bukit tinggi Yeshwanpur Toll Gate dan akhirnya tiba di bulatan Malleshwaram. Di sana, Athaaz membuat keputusan untuk merakamkan bangunan yang unik senibinanya menurut kacamata beliau. Bangunan tersebut tidak lain tidak bukan merupakan sebuah kuil yang lansung tidakdiambil endah oleh pelajar-pelajar Malaysia akan kewujudannya. Athaaz menegaskan bahawa mereka ini lebih wajar menekankan aspek-aspek kecantikan apabila melihat sesebuah bangunan dan bukannya bersikap prejudis (tak pernah aku terpikir nak amek gambo kuil…. Thani2….). Sesungguhnya, terdapat sebuah rahsia lain yang tidak diketahui oleh para pelajar akan keunikan bangunan ini melainkan team Athaaz sahaja menyedarinya. Untuk mengetahui apakah rahsia tersebut, jangan lupa melawati kuil itu (jgn masuk g sembah sudeyh) dan mencari rahsia tersebut yang hanya zahir bagi mereka yang teliti (muahahahhaha-ikmal, aku ngan thani jer tau). Bersandarkan kesungguhan Athaaz ini, pihak IIR berbesar hati memberi markah tambahan kepada beliau.

Setelah penat bergambar sakan di depan kuil?, Athaaz melangkah gagah ke sebuah lagi destinasi yang mendamaikan – Sankey Tank. Merupakan sebuah taman berkonsepkan ketenangan, taman ini mampu menenangkan pengunjung bertunjangkan kepada tasik yang mengelilingi taman tersebut. Rata-rata pengunjung akan bercanda mahupun berjogging mengelilingi taman seluas 3km ini. Ramai penduduk Bangalore yang tidak mengetahui? tasik ini dan sekali lagi usaha Athaaz merakamkan pemandangan di sini wajar diberi pujiaan dan sekali lagi Athaaz bijak mengambil hati para juri IIR kali ini.

Autorickshaw, Tut-tut dan pelbagai lagi gelaran diberikan kepada kenderaan 3 roda ini. Merupakan salah satu pengangkutan awam di India, Auto sememangnya merupakan kenderaan pasti dinaiki apabila seseorang di India. Penipu, cekik darah, ikut jalan jauh, kaki gaduh, perogol, ngada-ngada, gedik dan pelbagai lagi laporan telah diberikan pengguna mengenai para pemandu auto tidak kira agama; Islam mahupun Hindu. Alasan-alasan seperti jalan sesak, hujan dan lain-lain sering dijadikan pemangkin untuk mendapatkan wang lebih dan menaikkan BP seseorang terutamanya Adzmin(bukan nama sebenar)…. Bersandarkan sedikit pengetahuan ini, Athaaz telah memulakan perjalanan pertama beliau menggunakan Auto untuk ke MG Road; jalan paling sibuk di Bangalore yang mampu mengalahkan Tokyo?.

Di M.G. (Mahatma Gandhi-ramai tak tau lagi ke?), Athaaz telah diberikan tugasan bebas tetapi masih mempunyai tema tertentu. Beliau diminta melakukan perkara yang paling beliau ingati tatkala bersama rakan-rakan apabila keluar ke bandar. Bersama Arif dan Hadi? Apakah yang mereka lakukan? Mengingati saat-saat ketika keluar ke Alamanda, mereka telah berpesta KFC sehingga cashier takut melihat pesanan mereka…(Muahahahhahaha). Sesi menghabiskan KFC gagal terlaksana kerana masing-masing sudah lama meninggalkan dunia Alamanda. Justeru, Zinger Burger seperti biasa menjadi mangsa untuk di’parcel’kan. Memang terlalu banyak mata memandang melihatkan meja makan mereka yang penuh sehingga lawan di meja sebelah tercabar dan memesan Zinger sebanyak 3 ketul seorang…

Setelah berpesta makanan, sudah tentu tugasan perlu diselesaikan. Athaaz telah melangkah dengan penuh bersungguh-sungguh dalam mencari eye-catching building di MG Road. Antara yang menarik minat beliau adalah bangunan tertinggi di situ, Burton Tower, Metro (3 tiang LRT in making) dan juga Hard ROcK Cafe. Peristiwa yang sukar beliau lupakan di Hard RoCk CAfe adalah apabila dihalau pak guard kerek yang marah kerana team Athaaz berlonggok di depan kedai yang dijaganya meski tiada siapa yang kelihatan mempunyai hati dan perasaan untuk walau menjenguk masuk ke dalam kedai tersebut.

Vidhana Soudha. Bangunan pentadbiran dan tempat parlimen bersidang bagi negeri Karnataka. Sebuah bangunan yang menjadi mercu tanda Bangalore selaku ibu negeri. Bertempatkan kawasan yang seluas berhektar2, terdapat beberapa bangunan menarik yang wajar dilawati. Athaaz telah merakamkan sebanyak mungkin gambar di sana dengan harapan mampu menarik minat para juri IIR. Mampukah Athaaz berjaya kali ini dengan gambar2 yang diambil menerusi Sony mahal beliau? Apakah juri akan berpuas hati dengan buah tangan beliau kali ini? Ke manakah pula Athaaz akan pergi untuk episod seterusnya? Apakah bentuk cabaran yang akan beliau lalui? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya. Bertemu lagi minggu hadapan!

Incredible India Race S1E1: Yeshwanpur: Journey Begins  

Posted by HaRdIeX d bLoG


Yeshwanpur, sebuah pekan kecil yang menjadi nadi kehidupan kepada ratusan peniaga untuk mencari sesuap makanan. Dek kerana kepesatan pembangunan yang dikecapi, sebuah kawasan yang dulunya meriah dengan aktiviti perniagaan, pasar, runcit dan sebagainya kini bagai terbiar menanti masa ditelan zaman. Berdasarkan prinsip yang mahu kami tonjolkan yakni India yang tulen tanpa dipengaruhi aspek kemodenan, kami telah memilih kawasan ini untuk diterokai Athaaz untuk episod ini. Menggunakan kamera Sony berharga 360 euro dibeli beliau di Ebay, Athaaz akan merakamkan sebanyak mungkin gambar yang boleh merungkaikan erti kehidupan di bumi India. Sejauh manakah gambar yang diambil mampu menterjemahkan kehidupan mereka di sini? Adakah Athaaz mampu memikul tanggungjawab tersebut? Sama-sama kita nilai gambar-gambar yang telah beliau ambil dan menelitinya sendiri.



Setelah penat mengharung ujian yang kami berikan, kami telah mengadakan temubual untuk menyelami perasaan beliau mengenai kehidupan di Yeshwanpur dan tidak lepas juga bertanya akan pengalaman manis beliau di sana. Ikuti kisah beliau seterusnya selepas ini.


Saya mulakan perjalanan dari Divya Landmark Apartment; tempat dua rakan saya tinggal di India dan melangkah keluar dengan penuh keyakinan. Perasaan saya ternyata berbaur antara gembira, teruja, cemas dan bimbang kerana ini merupakan hari pertama saya mengikuti pertandingan ini. Adakah apa yang bakal saya lihat seperti apa yang digambarkan melalui filem2 hindustan? Polis2 yang jahat? Pengemis2 yang menggerunkan dan berbagai2 lagi persoalan bermain2 di minda.
Terasa jauh pula langkah menuju ke pekan Yeshwanpur. Dalam perjalananku, kawan2ku rancak bercerita akan kehidupan mereka di sini. Riang sungguh kami, bergelak ketawa tanpa menghiraukan pandangan pelik penduduk setempat. Arif bercerita rancak menekankan bahawa Yeshwanpur merupakan prelude kepada kehidupan golongan2 bawahab manakala Hadi serius memberikan tips berjalan kaki di India. Pelik sungguh bunyinya. 1) Dilarang berjalan berhampiran dinding kerana pasti bertakung lopak2 air hancing. 2) Dilarang memandang ke tempat lain melainkan bawah meneliti setiap langkah untuk mengelak terpijak najis haiwan mahupun manusia! 3) Jangan terpijak baya2 yang duduk di jalanan 4) Melintas dengan penuh berhikmah kerana jalan raya yang terlalu pelik dan merbahaya dan banyak lagi yang kebanyakannya hilang dalam ingatan.

Akhirnya saya tiba di Yeshwanpur. Meriah; penuh dengan manusia yang menjalankan perniagaan runcit, pasar mahupun buah-buahan. Rancak mereka berbicara agar laris jualan mereka berbanding peniaga yang lain. Kami ke kedai sayuran, daging dan ayam. Terliur sahaja apabila melihat jualan ikan yang mahal harganya; 1kilo Rs140 ataupun RM12 untuk sekilo ikan kembung! Baru saya mengetahui akan kehidupan sebenar di India yang saya sangkakan murah. Ternyata kos sara hidup di sini mahal sehingga ayam sekilo Rs80 begitu juga daging lembu Rs90. Sedang saya menjalankan kegiatan menangkap gambar, mampir seorang lelaki yang mahukan saya menangkap gambar beliau. Saya yang tidak memahami erti percakapan menganggap dia mahukan kamera saya.
Berdebar hati saya namun ternyata rakan2 datang membantu. Antara pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan adalah memakan samosa debu di dhaba (kedai tepi jalan) yang rasanya seperti McD. I don’t beeelieevee it!.... Ternyata cabaran ini memberikan seribu satu makna kepada saya dalam menilai erti kehidupan.

Incredible India Race S1: Introduction  

Posted by HaRdIeX d bLoG


Setelah sekian lama program realiti tibi ini dalam pembikinan, akhirnya dengan julung-julung
kalinya TV10 membawa kepada anda musim pengenalan, Incredible India? Race!!! Peserta yang
terpilih kali ini telah berjaya mengharung sesi pemilihan yang ketat dan sukar dalam menempatkan diri untuk menyertai game show ini. Sebagai episod pengenalan, mari kita berkenalan dengan lebih lanjut akan peserta kita kali ini.

Nama: Ahmad Thani Abdul Aziz
Angka Giliran: IIR200200
Gelaran: Athaaz
Asal: Ireland aka Kelantan
Umur: 22 tahun

Agama: Islam
Keturunan: Melayu Irish
Agama: Islam
Pekerjaan: Pelajar Perubatan
Status: Bujang beristeri 4 (not available)
Harapan: Mengenal erti kehidupan di dunia berbeza

Peserta Athaaz telah dipilih daripada beribu-ribu calon yang mencuba nasib untuk menyertai pertandingan ini. Berdasarkan karakter dan perwatakan Athaaz yang menarik, pihak IIR telah sebulat suara memilih beliau untuk menyertai pertandingan ini buat musim ini. Pada peserta-peserta yg tidak dipilih, segala usaha anda amat kami hargai dan diharap mampu membuat yang lebih baik untuk musim-musim seterusnya.

Ingin melihat Athaaz menjejaki kawasan pasar di India dan berjalan di kawasan yang sesetengah manusia tidak mahu memasukinya? Pastikan anda terus mengikuti Incredible India Race pada episod yang akan datang. Antara yang menarik episod akan datang. Menjelajah jualan daging di Yeshwanpur, Menyembelih ayam, Samosa Debu! Pastikan anda terus mengikuti episod seterusnya pada hari dan waktu yang sama minggu depan..... Sehingga berjumpa lagi.