tHinK~ OuT of D BoX PLeasE......  

Posted by HaRdIeX d bLoG

Setelah beberapa lama tidak mencoretkan luahan rasa hati ini, tiba2 aku terasa seperti ingin menulis peristiwa yang terjadi padaku pada hari ni. Hajat di hati petang ni hendak ke Mathikere membayar bil eletrik lantas ke Jaya Prakash berehat2 sambil berjoging melihat alam. Seperti biasa aku akan ke sana menaiki basikal Zaki yang telah aku hak milikkan sebagai hartaku. Namun, tidak kusangka2, petang tadi berlaku sesuatu kepadaku yg mampu membuatkan aku terpikir sejenak. Berfikir janganlah selalu rigid kepada sesuatu perkara itu sahaja. Untuk menjadi seorang yg lain dari yg lain, kita hendaklah berfikir di luar daripada kebiasaannya.
Diringkaskan cerita, aku mula bersiap2 utk ke Mathikere selepas usai menunaikan solat asar dan mandi ringkas. Tiba2, ym berbunyi 'tit' menandakan ada seseorang sedang cuba menghubungiku. Malas untuk terus membalas mesej tersebut, aku membuka laci mejaku dan mengambil kunci basikal serta wafer kit kat untuk dimakan sambil melayan mesej. Mesej itu dari Ainul, jiran bawahku yg sebelum ini aku bertanya akan test patho yg tidak kuketahui bila bakal diadakan. Dia menjawab mesej itu setelah beberapa lama dan aku berborak dengannya sambil ligat memakan kit kat. Kemudian, Ainul meminta diri utk bermain game dan aku juga sepertinya, mahu meneruskan hajatku keluar. Bungkusan kit kat yg telah aku habis memakan isinya aku buang ke dalam tong sampah dan terus aku bangkit dan melangkah keluar dari rumah. Di sinilah segalanya bermula...

Seperti terasa bagai ada yg tidak kena, aku memeriksa poket seluarku mencari barang2 yg perlu aku bawa utk keluar seperti bil dan wang. Namun, aku kehairanan. Kunci basikalku yg aku amat yakini telah aku ambil dari laci tiba2 tiada dalam simpananku. Terus aku kembali ke bilik dan mencari di merata tempat, but to no avail. Aku terus mencari2 kunci tersebut sehingga bilik yg tidak aku kemaskan hari ini telah sempurna kembali susunannya. Namun, kunci masih tidak kelihatan. Memandangkan jam sudah mampir 630 petang dan maghrib sudah menghampiri waktunya, pelawaan Zaki utk memboncengkan aku ke Mathikere aku terima dan terus aku melaksanakan hasrat membayar bil dan berjoging seketika.

Ketidakpuasan hatiku membuak2 malam tadi dan aku seperti merasakan ada sesuatu yg telah aku lakukan sehingga membuatkan kunci tersebut tiba2 hilang. Aku terus menggeledah bilikku dan memeriksa segelenap inci ruang kamar tidurku ini. Namun, tidak jua kutemui. Akhirnya, tiba2 hati ini tergerak utk melihat ke dalam tong sampah bilikku walau tanpa sebarang pengharapan. Kulihat bungkusan kit kat yg telah kumakan dan bungkusan itu kulihat begitu aneh dan tidak seperti kebiasaannya. Lantas tangan ini membukanya dan nah, di situ aku melihat akan barang yg ingin kucari sedari petang lagi. Alhamdulillah, syukur.

Di malam2 yg hening ini, disertai salakan anjing mendayu2 di luar sana, aku kembali terfikir sejenak akan kebiasaan insan bergelar manusia. Kadangkala kita tidak menyedari dan mempercayai sesuatu itu boleh terjadi dan tidak mustahil akan terjadi. Siapa yg menyangka aku akan membuang kunci itu bersama bungkusan kit kat? Tidak terlintas pun difikiranku bahawa kunci itu akan ditemui di situ. Namun, itulah hakikat yg tidak dapat aku sangkal lagi. So, selepas ini, think and if u can, out if d box pleassseeee....



This entry was posted on Monday, July 7, 2008 at 12:23 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 comments

cit..apesal nama aku disebut dalam ni?cam aku lak yang buang kunci ko dalam tong sampah itu..cesss!!!

July 24, 2008 at 7:15 PM

Post a Comment