~Hujan~  

Posted by HaRdIeX d bLoG


Yaaaaa.... entri ini tidak ada kene mengena dgn kumpulan hujan~


Alhamdulillah... setelah seminggu kepanasan Bangalore menggila sampai mencecah hampir 40 degree, Allah turunkan hujan yg sangat lebat.

Ahad~ hari cuti yg hanya sehari sesudah 4th year ni kujejak... Jadual sekarang yg sampai petang Sabtu ade kelas tentulah menyebabkan kitorg keluar ahad kan.... So keluarlah aku merayap2 dan menyangap2 dkt MG Road.

Tengah menyangap2 dgn Aie... terdengarlah lagu Beat it-pakcik mikel jeksen... terkenanglah sekejap pakcik mizul london... dgn lagunya.. Kau Bidin~ Lagu tema percutian ke London~ http://www.youtube.com/watch?v=JqD62z37wsk (malas lak nak upload).

Dan setelah menghasut Aie beli telefon baru, kitorg pon berpoya2 di Amoeba.... Sampai ler Magrib.... Alkisahnyer.. selepas Maghrib igtkan nak balik.. sekali hujan pon turun dgn lebat dan bergembiralah Indian kerana kununyer elektrik akan sentiase ade laa kalo hujan turun (logiknyer kerana dam mereka kering - alasan 2thn lps yg tak sudah).... Baru je kejap tadi takde letrik... hadoih bak kate Sepol - Bangalore is celebrating Earth Hour for hours everyday! gud job la Bangalore.... ini wajar diikuti negara2 maju kerana langkah ini barulah dinamakan Earth Hour!

Hadoiii... seperti biasa.... bawak scoot tersayang dalam hujan.... enjin nyer pon selalulah kematian... timing mati mmg selalu menarik... yakni di tengah2 jalan tatkala kerete2 dan auto2 tersangatlah banyaknyaa.... dan aku telah menjadi mangsa hon makhluk2 india ini yg sememangnyer gatal tangan untuk membunyikan hon. Adakah hon merupakan bunyi2an yg merdu dek tympanic membrane mereka? Hanya mereka yg tahu......

Okey... sudah2 la tu mengarut.. esok saya ada OBG dan pak gurunya pula adalah Dr. Jyothi. Oh sebelum terlambat... memandangkan hari ini adalah 16th May, marilah kita mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua muallim kita.. Ingatilah jasa mereka yg tanpa penat lelah mencurahkan ilmu kepada kita, Thanks alot to my teachers from Tabika Kemas Berala, Sekolah Kebangsaan Kati, Madrasah Nurul Kamaliah Kati, Sekolah Menengah Izzuddin Shah, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kolej MARA Bannnnting dan IMS... ~God Bless~

+Esok nak hantor laa si scoot nih! haish! Bankrup sudahhhh!

Seminggu sudah......~ ~  

Posted by HaRdIeX d bLoG

Masa itu mmg cepat berlalu....

Sedar tak sedar sekejap saja ia meninggalkan kita...
2010 dah masuk bln ke-5.....
Terasa bagai semalam je bln 1 2010 ni....
Sedar tak sedar dah masuk final year MBBS....
Final year yg memang padat dgn practicals....

Bagai semalam je terase masih aku berada dkt No.4 Richmond Estate...
Rumah puaka Dublin yg memang best!
Terima kasih banyak2 kepada Thani, Asrih, Amir, Shamil n Shahir.
Stranded dkt Dublin dgn duit pon dah menipis....
Itu mmg lepas.... Sekarang ni dah seminggu dah berlalu....
Bila la pulak nak jumpa diorg semua balik....
Take care korang.....
Semoga korang lulus cemerlang exam final korang mgg dpn....!!!

Wahhhhhh.. Dah setahun tak menulis....  

Posted by HaRdIeX d bLoG

Setelah setahun tak menulis dekat blog ni.... Sebenarnye nak update tapi hari tu google cakap dah buang blog ni... tu yg terpelik sikit tu.... Macam mane laa ade balik ni? Takpe2..
Entry berani mati memandangkan Final 3rd year masih lagi berjalan.....
All d best kepada rakan2 sekalian yg tengah berhempas pulas membace utk practicals esok.... Esok jugak list viva akan keluar.... cepat sungguh lectures ni menanda...
InsyaAllah semua akan lulus... Amin

Incredible India Race S1E3: Art of Camouflage: India  

Posted by HaRdIeX d bLoG

Dingin pagi nyata tidak menggusarkan hasrat saudara Athaaz untuk meneruskan pengembaraan beliau dalam IIR ini. Seawal 8 pagi lagi kelihatan beliau telah bersiap siaga dalam menempuh hari baru di bumi yang asing bagi beliau. Tanpa diberi sebarang taklimat mengenai perancangan pada hari ini, ternyata sedikit terpancar dari wajahnya akan erti kegusaran; gusar menantikan halangan yang bakal ditempuh hari ini.

Team IIR hari ini terdiri daripada Hadi dan Arif telah bercadang untuk membawa Athaaz untuk menempuh satu pengalaman baru; cuba untuk menyamar sebagai seorang pelajar perubatan di IMS. Satu tugasan yang sememangnya sukar dilakukan memandangkan prof2 di India mengenali pelajar mereka serta memiliki daya ingatan yang cukup kuat yang masih tidak sirna mahupun dimamah usia. Pada hari ini juga, team IIR telah dibantu oleh seorang gadis yang mampu menggugah hati Athaaz. Siapakah gadis itu? Sama-sama kita tunggu.
Athaaz melangkah penuh yakin ke dalam auditorium pembelajaran. Mata-mata sinis kelihatan mengekori gerak-geri beliau sepanjang langkahan tersebut; masing-masing dengan penuh persoalan terhadap kemampuan beliau melakukan penyamaran tersebut. Tidak kurang juga ramai yang merapati beliau bertanyakan khabar; sekadar cuba mengurangkan kesangsian dalam diri beliau.

Nah, akhirnya gadis yang ditunggu-tunggu muncul. Terkelu seketika lidah Athaaz melihatkan gadis tersebut. Siapakah gerangan gadis yang mampu menggoda Athaaz? Berperwatakan menarik, sopan santun, manis tutur bicara serta penuh dengan keayuan, gadis bermata biru (hijau, kuning(icterus?), merah(conjunctivitis?) dll) bertudung litup dengan penuh manja mengorak langkah ke arah Athaaz. Gadis kacukan Melayu-German itu tidak lain dan tidak bukan adalah Nurilani atau nama Germannya, Ella. Ternyata perbualan dalam bahasa German itu lebih panjang dan menarik berbanding pertuturan yang berlaku antara Athaaz dengan Seti(memang nama sebenar) sebelumnya.

Perbualan selepas 6 tahun tidak berjumpa:
Seti: Sedapppp
Athaaz: Ape yang sedappp???
Seti: Sedapppp laaa
Athaaz: Apo nyaaa yang sedappp??
Seti: Mu laaa.. Sedappp...
Athaaz: Hahahahhahahaha Sambil mengikut team IIR ke dalam Kolej....

Cabaran Athaaz bermula. Yakin dengan bantuan Ella, Athaaz akan mengikuti kelas Microb yang diajari Dr. Rajgopal. Penuh khusyuk kelihatan di situ Athaaz dalam cuba mengikuti setiap pertuturan yang disampaikan.. Group of HIV... Group Yemm... Group Yennn..... Tergeliat seketika lidah Athaaz untuk menyebutnya kerana tidak diajarkan sebegitu di negara beliau. Perjalanan kuliah lancar dengan pembelajaran menarik oleh Dr. Rajgopal berserta jokes2nya yang tidak pernah kering. Adakah Athaaz akan berjaya menjadi salah seorang pelajar IMS? Kelihatan hampir berjaya kerana kelas sudah hampir sampai ke penghujungnya dan Dr. juga sudah melangkah menghampiri pintu keluar. Athaaz berdoa agar berjaya namun,"who is this? Foreign Bodies? i haven't seen you before?' tegur Dr. Rajgopal menandakan kegagalan Athaaz dalam cubaan untuk menyamar...
Rakan karib Athaaz - Nahar



Memandangkan Athaaz gagal, team IIR cuba menaikkan kembali moral beliau yang telah jatuh. Bersembahyang Jumaat di Masjid ternyata merupakan pengalaman berharga bagi Ataaz. Seringkali dia dihamburkan maklumat mengenai bayaa2.. namun, pada kali ini, bayaa2 yang akan dijumpai pasti akan terus melekat dalam sanubari. Siapakah bayaa2 itu? Tidak seperti bayaa2 lain di jalanan, mereka ini adalah lebih mengagumkan Athaaz kerana tidak skeptikal dan lebih advanced. Sekembalinya Athaaz dari solat, nun di pintu keluar masjid, sederetan manusia berkelumbung (ada yg bernande'?) menanti beliau dan tercetus disekelumit hati beliau bahawa bayaa2 akan terpacul dari mulut mereka, namun "assalaaaamualaikum" merupakan pertuturan mereka yang terhambur. Kaget seketika Ataaz dan pantas 1 rupee diberi kepada mereka.... Jazakallah jazakallah kelihatan di mulut2 mereka... (kawan-kawan lihatlah betapa murninya hati Athaaz)...

Dengan berakhirnya episod tersebut, maka berakhirlah IIR episod ke3.. Adakah akan ada lagi episod ke4? Sama2 laa korang tunggu kerana hari ni aku tgh bosan sebab si temple depan rumah tu dah 3 bln buat konsert dan hari ini adalah puncaknya.. tak berhenti2 berkonsert dari malam tadi sampai ke pagi ni sampai le ke malam karang kot. Puncanye disebabkan si Haiyappa-tuhan yang menjaga karnataka akan turun hari ni dan nak makan tebu? huhuhu.. makan tebu jer sampai 3 bln buat konsert.. adeh...

IIR lama menyepi kerana masalah sposor dan macam2 lagi (padehal aku dah nak final dan malas lak nak berblogging nih... sape2 yang tag2 tu.. sori ler sebab dah lamer tak bukak blog pon.. apetah lagi menjawab soklan2 tu)... okes semuer.. stadi leklok and tunjukkan kat diorg bahawa kita boley.. adiosss...

Incredible India Race S1E2: Bangalore; Silicon Valley of India  

Posted by HaRdIeX d bLoG

Setelah berjaya mengharung segala cabaran yang diberikan kepada beliau dan berjaya menarik minat para juri dalam tugasan pertama, Athaaz dan rakan-rakan sekali lagi diberi tugasan untuk episod kedua ini. Kali ini, berdasarkan tema Bangalore; Silicon Valley of India, mereka ditugaskan untuk menjalankan eksplorasi ke seluruh Bangalore dan merakamkan tempat-tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong (ade ke? Sigh…) dalam masa satu hari. Pihak penganjur mengharapkan kelainan pada kali ini dan mahukan pengalaman yang bermakna agar tersemat dalam sanubari Athaaz.

Team Athaaz memulakan perjalanan dari Divya Landmark Apartment Ruang Pertapaan Athaaz di India....

seawal jam 9.00pagi. Dengan berjalan kaki, mereka mendaki bukit tinggi Yeshwanpur Toll Gate dan akhirnya tiba di bulatan Malleshwaram. Di sana, Athaaz membuat keputusan untuk merakamkan bangunan yang unik senibinanya menurut kacamata beliau. Bangunan tersebut tidak lain tidak bukan merupakan sebuah kuil yang lansung tidakdiambil endah oleh pelajar-pelajar Malaysia akan kewujudannya. Athaaz menegaskan bahawa mereka ini lebih wajar menekankan aspek-aspek kecantikan apabila melihat sesebuah bangunan dan bukannya bersikap prejudis (tak pernah aku terpikir nak amek gambo kuil…. Thani2….). Sesungguhnya, terdapat sebuah rahsia lain yang tidak diketahui oleh para pelajar akan keunikan bangunan ini melainkan team Athaaz sahaja menyedarinya. Untuk mengetahui apakah rahsia tersebut, jangan lupa melawati kuil itu (jgn masuk g sembah sudeyh) dan mencari rahsia tersebut yang hanya zahir bagi mereka yang teliti (muahahahhaha-ikmal, aku ngan thani jer tau). Bersandarkan kesungguhan Athaaz ini, pihak IIR berbesar hati memberi markah tambahan kepada beliau.

Setelah penat bergambar sakan di depan kuil?, Athaaz melangkah gagah ke sebuah lagi destinasi yang mendamaikan – Sankey Tank. Merupakan sebuah taman berkonsepkan ketenangan, taman ini mampu menenangkan pengunjung bertunjangkan kepada tasik yang mengelilingi taman tersebut. Rata-rata pengunjung akan bercanda mahupun berjogging mengelilingi taman seluas 3km ini. Ramai penduduk Bangalore yang tidak mengetahui? tasik ini dan sekali lagi usaha Athaaz merakamkan pemandangan di sini wajar diberi pujiaan dan sekali lagi Athaaz bijak mengambil hati para juri IIR kali ini.

Autorickshaw, Tut-tut dan pelbagai lagi gelaran diberikan kepada kenderaan 3 roda ini. Merupakan salah satu pengangkutan awam di India, Auto sememangnya merupakan kenderaan pasti dinaiki apabila seseorang di India. Penipu, cekik darah, ikut jalan jauh, kaki gaduh, perogol, ngada-ngada, gedik dan pelbagai lagi laporan telah diberikan pengguna mengenai para pemandu auto tidak kira agama; Islam mahupun Hindu. Alasan-alasan seperti jalan sesak, hujan dan lain-lain sering dijadikan pemangkin untuk mendapatkan wang lebih dan menaikkan BP seseorang terutamanya Adzmin(bukan nama sebenar)…. Bersandarkan sedikit pengetahuan ini, Athaaz telah memulakan perjalanan pertama beliau menggunakan Auto untuk ke MG Road; jalan paling sibuk di Bangalore yang mampu mengalahkan Tokyo?.

Di M.G. (Mahatma Gandhi-ramai tak tau lagi ke?), Athaaz telah diberikan tugasan bebas tetapi masih mempunyai tema tertentu. Beliau diminta melakukan perkara yang paling beliau ingati tatkala bersama rakan-rakan apabila keluar ke bandar. Bersama Arif dan Hadi? Apakah yang mereka lakukan? Mengingati saat-saat ketika keluar ke Alamanda, mereka telah berpesta KFC sehingga cashier takut melihat pesanan mereka…(Muahahahhahaha). Sesi menghabiskan KFC gagal terlaksana kerana masing-masing sudah lama meninggalkan dunia Alamanda. Justeru, Zinger Burger seperti biasa menjadi mangsa untuk di’parcel’kan. Memang terlalu banyak mata memandang melihatkan meja makan mereka yang penuh sehingga lawan di meja sebelah tercabar dan memesan Zinger sebanyak 3 ketul seorang…

Setelah berpesta makanan, sudah tentu tugasan perlu diselesaikan. Athaaz telah melangkah dengan penuh bersungguh-sungguh dalam mencari eye-catching building di MG Road. Antara yang menarik minat beliau adalah bangunan tertinggi di situ, Burton Tower, Metro (3 tiang LRT in making) dan juga Hard ROcK Cafe. Peristiwa yang sukar beliau lupakan di Hard RoCk CAfe adalah apabila dihalau pak guard kerek yang marah kerana team Athaaz berlonggok di depan kedai yang dijaganya meski tiada siapa yang kelihatan mempunyai hati dan perasaan untuk walau menjenguk masuk ke dalam kedai tersebut.

Vidhana Soudha. Bangunan pentadbiran dan tempat parlimen bersidang bagi negeri Karnataka. Sebuah bangunan yang menjadi mercu tanda Bangalore selaku ibu negeri. Bertempatkan kawasan yang seluas berhektar2, terdapat beberapa bangunan menarik yang wajar dilawati. Athaaz telah merakamkan sebanyak mungkin gambar di sana dengan harapan mampu menarik minat para juri IIR. Mampukah Athaaz berjaya kali ini dengan gambar2 yang diambil menerusi Sony mahal beliau? Apakah juri akan berpuas hati dengan buah tangan beliau kali ini? Ke manakah pula Athaaz akan pergi untuk episod seterusnya? Apakah bentuk cabaran yang akan beliau lalui? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya. Bertemu lagi minggu hadapan!

Incredible India Race S1E1: Yeshwanpur: Journey Begins  

Posted by HaRdIeX d bLoG


Yeshwanpur, sebuah pekan kecil yang menjadi nadi kehidupan kepada ratusan peniaga untuk mencari sesuap makanan. Dek kerana kepesatan pembangunan yang dikecapi, sebuah kawasan yang dulunya meriah dengan aktiviti perniagaan, pasar, runcit dan sebagainya kini bagai terbiar menanti masa ditelan zaman. Berdasarkan prinsip yang mahu kami tonjolkan yakni India yang tulen tanpa dipengaruhi aspek kemodenan, kami telah memilih kawasan ini untuk diterokai Athaaz untuk episod ini. Menggunakan kamera Sony berharga 360 euro dibeli beliau di Ebay, Athaaz akan merakamkan sebanyak mungkin gambar yang boleh merungkaikan erti kehidupan di bumi India. Sejauh manakah gambar yang diambil mampu menterjemahkan kehidupan mereka di sini? Adakah Athaaz mampu memikul tanggungjawab tersebut? Sama-sama kita nilai gambar-gambar yang telah beliau ambil dan menelitinya sendiri.



Setelah penat mengharung ujian yang kami berikan, kami telah mengadakan temubual untuk menyelami perasaan beliau mengenai kehidupan di Yeshwanpur dan tidak lepas juga bertanya akan pengalaman manis beliau di sana. Ikuti kisah beliau seterusnya selepas ini.


Saya mulakan perjalanan dari Divya Landmark Apartment; tempat dua rakan saya tinggal di India dan melangkah keluar dengan penuh keyakinan. Perasaan saya ternyata berbaur antara gembira, teruja, cemas dan bimbang kerana ini merupakan hari pertama saya mengikuti pertandingan ini. Adakah apa yang bakal saya lihat seperti apa yang digambarkan melalui filem2 hindustan? Polis2 yang jahat? Pengemis2 yang menggerunkan dan berbagai2 lagi persoalan bermain2 di minda.
Terasa jauh pula langkah menuju ke pekan Yeshwanpur. Dalam perjalananku, kawan2ku rancak bercerita akan kehidupan mereka di sini. Riang sungguh kami, bergelak ketawa tanpa menghiraukan pandangan pelik penduduk setempat. Arif bercerita rancak menekankan bahawa Yeshwanpur merupakan prelude kepada kehidupan golongan2 bawahab manakala Hadi serius memberikan tips berjalan kaki di India. Pelik sungguh bunyinya. 1) Dilarang berjalan berhampiran dinding kerana pasti bertakung lopak2 air hancing. 2) Dilarang memandang ke tempat lain melainkan bawah meneliti setiap langkah untuk mengelak terpijak najis haiwan mahupun manusia! 3) Jangan terpijak baya2 yang duduk di jalanan 4) Melintas dengan penuh berhikmah kerana jalan raya yang terlalu pelik dan merbahaya dan banyak lagi yang kebanyakannya hilang dalam ingatan.

Akhirnya saya tiba di Yeshwanpur. Meriah; penuh dengan manusia yang menjalankan perniagaan runcit, pasar mahupun buah-buahan. Rancak mereka berbicara agar laris jualan mereka berbanding peniaga yang lain. Kami ke kedai sayuran, daging dan ayam. Terliur sahaja apabila melihat jualan ikan yang mahal harganya; 1kilo Rs140 ataupun RM12 untuk sekilo ikan kembung! Baru saya mengetahui akan kehidupan sebenar di India yang saya sangkakan murah. Ternyata kos sara hidup di sini mahal sehingga ayam sekilo Rs80 begitu juga daging lembu Rs90. Sedang saya menjalankan kegiatan menangkap gambar, mampir seorang lelaki yang mahukan saya menangkap gambar beliau. Saya yang tidak memahami erti percakapan menganggap dia mahukan kamera saya.
Berdebar hati saya namun ternyata rakan2 datang membantu. Antara pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan adalah memakan samosa debu di dhaba (kedai tepi jalan) yang rasanya seperti McD. I don’t beeelieevee it!.... Ternyata cabaran ini memberikan seribu satu makna kepada saya dalam menilai erti kehidupan.

Incredible India Race S1: Introduction  

Posted by HaRdIeX d bLoG


Setelah sekian lama program realiti tibi ini dalam pembikinan, akhirnya dengan julung-julung
kalinya TV10 membawa kepada anda musim pengenalan, Incredible India? Race!!! Peserta yang
terpilih kali ini telah berjaya mengharung sesi pemilihan yang ketat dan sukar dalam menempatkan diri untuk menyertai game show ini. Sebagai episod pengenalan, mari kita berkenalan dengan lebih lanjut akan peserta kita kali ini.

Nama: Ahmad Thani Abdul Aziz
Angka Giliran: IIR200200
Gelaran: Athaaz
Asal: Ireland aka Kelantan
Umur: 22 tahun

Agama: Islam
Keturunan: Melayu Irish
Agama: Islam
Pekerjaan: Pelajar Perubatan
Status: Bujang beristeri 4 (not available)
Harapan: Mengenal erti kehidupan di dunia berbeza

Peserta Athaaz telah dipilih daripada beribu-ribu calon yang mencuba nasib untuk menyertai pertandingan ini. Berdasarkan karakter dan perwatakan Athaaz yang menarik, pihak IIR telah sebulat suara memilih beliau untuk menyertai pertandingan ini buat musim ini. Pada peserta-peserta yg tidak dipilih, segala usaha anda amat kami hargai dan diharap mampu membuat yang lebih baik untuk musim-musim seterusnya.

Ingin melihat Athaaz menjejaki kawasan pasar di India dan berjalan di kawasan yang sesetengah manusia tidak mahu memasukinya? Pastikan anda terus mengikuti Incredible India Race pada episod yang akan datang. Antara yang menarik episod akan datang. Menjelajah jualan daging di Yeshwanpur, Menyembelih ayam, Samosa Debu! Pastikan anda terus mengikuti episod seterusnya pada hari dan waktu yang sama minggu depan..... Sehingga berjumpa lagi.