Ahad!!!! Weekend tu!... Nak buat ape yer? Macam2 dah aku plan dari semalam. Bangun pagi2 igt nak ke Jaya Prakash jogging, pastu kemas bilik yg gumpalan habuknya tu bolehlah menyerupai gumpalan2 rumput di sahara, berjalan2 makan KFC ngan Donut Baker dekat Brigade Road dan jugak masak bihun sup.... Tapi, malangnyer, insomnia la pulak malam ni... Tak boleh tidur walaupun awai aku masuk tidur tadi. 1230. Ahhhh, alang2 tak boleh tidur, baik aku tgk muvie yer tak? So, aku pun mengepow muvie syezri sebab kotak hiburan aku a.k.a hardiexdexternal dipinjam rempit... So, aku pun layan la muvie sampai ke Subuh... Planningnyer tak nak tidur terus dan ke taman jam 630, namun..... terlelap la pulak... Aisehhh....
Lama tak lama tu lamer jugak laa aku tidur ari ni. Ditambahkan pula dengan gerimis hujan yg turun menyebabkan aku seperti udang mengerekot di bawah comforter melayani mimpi yg indah.. (Indah ke mimpi Divya Landmark ni banjir sampai ke paras rumah Laila??) Tak tau la.. hehehhe.. Tersedar je tadi dah pukul 9 pagi dan memandangkan semua planning macam dah malas nak diteruskan, aku pon teros menidurkan diri sehingga 2 petang!! hahahhaha.. SOnok gler ditambah lagi dengan hari yg mendung dan hujan2 ni...
Dah bangun pukul 2 tu, almaklumlah, tentulah kelaparan yg amat tambahan lagi aku tak makan selain lunch dengan Shafi dekat 'Kumakan-makan KUBERA*' a.k.a KUBERA semalam. Tetapi, dah main internet dekat bilik Syezri tadi, 3 jam berlalu pantas dan lepas Asar baru teringat nak pergi makan2 dekat Brigade. So, pergi la aku dengan Faiz ke Brigade walaupun ajak bdak2 lain... Haaaa ni yg nak cerite ni... Dah habis makan KfC, aku sengaje laa malas nak minum lagi air Pepsi. Bawa keluar dari KFC dannnnn... Ternampak la makcik selalu yg selaaaalu melepak depan KFC dengan membawa 'anak pinjaman' dia merengek2 dekat sesiape yg baru keluar dari KFC tu. Kalau dah setiap kali pergi ke sana dia ade je kat situ, sape yg tak menyampah ye tak? hurmmmm.... So, disebabkan aku dan Syezri hari ni dalam mood kedekut, malas laa nak bagi apa2 kat makcik tu. Eh2... tetibe boleh pulak dier memegang cawan Pepsi aku dan cuba merampas cawan tersebut! Sambil berkata "give me d pepsi, pepsi..", dier terus cuba menarik cawan dari genggaman aku. Gilo apo makcik tu! Takde sivic ke? Sesuker hati jer nak tarik2 air org! Sorry, ari ni memang takdenye aku nak bersifat pemurah.. Aku pun tak kasi dan terus berlalu. hahahahah kejam jugak! Sebenarnya, tertanya2 jugak laa sebab ape makcik tu dah seberani itu nak merampas makanan org? Selalunyer, biler org bagi makanan, sure jual mahal punyer, ni siap nak rampas2 lagi? Mungkinkah anak pinjamnyer itu kedahagaan? Dah malam2 ni baru la terfikir akan sebabnya.. (tapi still tak rase macam tu pon.. hurrmmmm)
Baiklah, itu sahaja kali ini, adios. Bahasa kali ni adalah santai dan rojak buah.. muahahahhaha..
ps: Anak pinjam adalah sebab ada local yg memberitahu, mereka2 yg meminta sedekah itu adalah daripada kumpulan sindiket. Sindiket ini menyewa anak2 org2 miskin utk diberikan kepada mereka2 itu supaya dapat dibawa bersama sewaktu meminta sedekah. Ini adalah untuk meminta simpati kepada org ramai. Peminta sedekah dekat India adalah yg paling tak bersyukur? Nanti kite bincangkan... hehheheheh
Read Online dell laptop repair manuals Paperback
4 years ago