~BaNGaLore uNder THrEat~  

Posted by HaRdIeX d bLoG

Curik gambo dari E.. Credit to E.. hehehehhe

Resah? Takut? Bimbang? Libang-libu? Gusar? Cuak? dan macam2 lagi boleh digambarkan sekiranya kita berada dalam keadaan yg membahayakan... Mungkin ramai yg tidak mengetahui bahawa Bangalore semalam sekitar jam 1 hingga 2 petang berlaku kejadian yg tidak disangka2. Mungkin lewat ini Bangalore dihamburkan dengan berita2 seperti kekurangan elektrik, kemarau di sesebuah kawasan dan kos sara hidup yang semakin meningkat sehingga tersenarai antara 100 buah bandar yg memiliki kos sara hidup tertinggi di dunia, namun, kejadian tersebut sememangnya menggemparkan seluruh Bangalore.


Selepas Kashmir, Delhi, Mumbai, Hyderabad dan Goa, nampaknya serangan pengganas telah mula menular ke kawasan selatan India. Bangalore telah menjadi sasaran pengganas dengan melakukan 8 letupan bom secara serentak tatkala umat Islam sedang menunaikan Solat Jumaat. Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia akibat kejadian tersebut manakala suaminya pula cedera parah dan kritikal di hospital. Hosur, Koramangala dan lain2 lagi tempat. Memang agak jauh dari kami di Bel Road, namun tidak mustahil serangan seterusnya bakal menular ke kawasan ini. Para lectures telah memberi amaran kepada kami supaya tidak keluar rumah untuk ke kawasan yg jauh seperti Forum Mall dan lain2 lagi kerana berkemungkinan besar letupan akan berlaku di kawasan tumpuan org ramai.


Mengapa kebelakangan ini manusia sering menggunakan keganasan dalam mencapai sesuatu yg diimpi? Apakah dengan melakukan serangan bom itu dapat memberi apa yg mereka impikan? Impak daripada serangan tersebut dapat dilihat apabila saham2 Bangalore merudum jatuh dan ramai yg mula mengorak langkah jauh dari bumi Bangalore. Siapakah yg rugi? Tidakkah negara mereka juga yg rugi? Tiada yg mengaku dalam melakukan serangan tersebut tetapi dipercayai puak2 pemberontak berkaitan dengan sebuah kumpulan dari Pakistan yg melakukan serangan tersebut. Terdapat juga yang menunding jari mengatakan serangan dilakukan kumpulan SIMI (Student Islamic Movement of India) yg pernah melakukan serangan serupa di Jaipur. Aihhhh.... Pantas sungguh umat Islam dituduh sebegitu dan persepi mereka terhadap Islam semakin buruk. Shafi(bukan nama sebenar) berkata mamat jual puff sebelah Ganesh juga telah bertanya kepadanya mengapa Muslim sebegitu. Sedey... Sesuka hati je meletakkan tanggapan sedemikian…. Apakah perasaan keluarga wanita yg dibom itu? Walau kerajaan India mengumumkan akan membayar sehingga Rs100 000@1 lakh, namun nyawa hanya satu dan hilangnya nyawa maka tiada lagilah gantinya melainkan kebangkitan di sana nanti.


Ps: Kepada kawan2 sila berhati2 dan kurangkan aktiviti2 keluar anda yaaa.. Shafi jugak cakap Ramaiah Hospital mungkin dibom??? Ekekekekkeke…… Terasa nak makan kuih bom pulak.. Linnnn nak kuih bom!!! Hehehehhehe..... Hari ni, ada lagi bom maa dekat Ahmedabad pulak.. Sonok diorg ni main bom2 yerkk.. Kalo btoi2 org Islam, g laa Israel nun.. Hish.. Update lagi, 2 org dah meninggal sebab bom semalam...


Lagi Satu: AKU BARU BACE, POLIS DAH DETONATE BOM DEKAT FORUM MALL!!!!!!!! GILOS AAA..

This entry was posted on Saturday, July 26, 2008 at 9:12 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 comments

Anonymous  

sape lin?kuih bom?


jgn lah mengharap,takut kecewa nanti.lin tu bkn reti msk.takat msk nasi tu lepas la



ngeh3

July 27, 2008 at 9:59 AM

Post a Comment