Sebelum warkah hari ni dimulakan, ingin aku berkongsi kegembiraan aku dalam mengupgradekan blog aku ni. Dah lama juga aku cuba mencari template2 yang menarik untuk aku jadikan backgroud blog ni, namun masih tiada masa yg sesuai utk mencari dan memiliki sebuah template yg menarik minat aku. Alhamdulillah, akhirnya ketemu jua aku akan template ni, walopon aku rase cam ade lain yg lagi bes.
Yosh... India secara spesifiknya, Bangalore. Masalah demi masalah dihadapi bandar 'metro' ini dalam menempatkan dirinya di mata dunia. Memang terkenal dengan gelaran Silicon Valley. Memang. Namun, adakah bandar ini mampu untuk menampung gelaran yg cukup hebat itu? Jawapannya, berdasarkan pemerhatian aku di sini selama hampir 2 thn.... Mungkin masih belum berupaya untuk memikul apatah lagi membawa gelaran tersebut. Ini bukan bersandarkan kegahan syarikat2 IT yg bertapak di sini, tetapi berdasarkan keupayaan bandar ini sendiri utk menampung kepadatan penduduk yg semakin meningkat.
Masalah terbaru yg menimpa Bangalore, sesudah kekurangan air suatu ketika dahulu ialah kekurangan bekalan elektrik. Menteri berkenaan elektrik? mereka telah mengumumkan bahawa sehingga Ogos dan kemungkinan berterusan ke September, bandar ini dan seluruh Karnataka amnya bakal mengalami ketiadaan elektrik sehingga 8 jam sehari! What D??? Ini disebabkan berlaku kesusutan voltan elektrik yg dikeluarkan empangan yg membekalkan elektrik ke seluruh Bangalore. Kepadatan penduduk yg semakin bertambah dan diburukkan lagi dengan kemarau di kawasan empangan menyukarkan lagi masalah ini. Bila la agaknya masalah ni dapat diselesaikan? Tapi, of course, expect d worst because, India maa... Ades
Read Online dell laptop repair manuals Paperback
4 years ago