Dingin pagi nyata tidak menggusarkan hasrat saudara Athaaz untuk meneruskan pengembaraan beliau dalam IIR ini. Seawal 8 pagi lagi kelihatan beliau telah bersiap siaga dalam menempuh hari baru di bumi yang asing bagi beliau. Tanpa diberi sebarang taklimat mengenai perancangan pada hari ini, ternyata sedikit terpancar dari wajahnya akan erti kegusaran; gusar menantikan halangan yang bakal ditempuh hari ini.
Team IIR hari ini terdiri daripada Hadi dan Arif telah bercadang untuk membawa Athaaz untuk menempuh satu pengalaman baru; cuba untuk menyamar sebagai seorang pelajar perubatan di IMS. Satu tugasan yang sememangnya sukar dilakukan memandangkan prof2 di India mengenali pel
ajar mereka serta memiliki daya ingatan yang cukup kuat yang masih tidak sirna mahupun dimamah usia. Pada hari ini juga, team IIR telah dibantu oleh seorang gadis yang mampu menggugah hati Athaaz. Siapakah gadis itu? Sama-sama kita tunggu.
Athaaz melangkah penuh yakin ke dalam auditorium pembelajaran. Mata-mata sinis kelihatan mengekori gerak-geri beliau sepanjang langkahan tersebut; masing-masing dengan penuh persoalan terhadap kemampuan beliau melakukan penyamaran tersebut. Tidak kurang juga ramai yang merapati beliau bertanyakan khabar; sekadar cuba mengurangkan kesangsian dalam diri beliau.Nah, akhirnya gadis yang ditunggu-tunggu muncul. Terkelu seketika lidah Athaaz melihatkan gadis tersebut. Siapakah gerangan gadis yang mampu menggoda Athaaz? Berperwatakan menarik, sopan santun, manis tutur bicara serta penuh dengan keayuan, gadis bermata biru (hijau, kuning(icterus?), merah(conjunctivitis?) dll) bertudung litup dengan penuh manja mengorak langkah ke arah Athaaz. Gadis kacukan Melayu-German itu tidak lain dan tidak bukan adalah Nurilani atau nama Germannya, Ella. Ternyata perbualan dalam bahasa German itu lebih panjang dan menarik berbanding pertuturan yang berlaku antara Athaaz dengan Seti(memang nama sebenar) sebelumnya.
Perbualan selepas 6 tahun tidak berjumpa:
Seti: Sedapppp
Athaaz: Ape yang sedappp???
Seti: Sedapppp laaa
Athaaz: Apo nyaaa yang sedappp??
Seti: Mu laaa.. Sedappp...
Athaaz: Hahahahhahahaha Sambil mengikut team IIR ke dalam Kolej....
Cabaran Athaaz bermula. Yakin dengan bantuan Ella, Athaaz akan mengikuti kelas Microb yang diajari Dr. Rajgopal. Penuh khusyuk kelihatan di situ Athaaz dalam cuba mengikuti setiap pertuturan yang disampaikan.. Group of HIV... Group Yemm... Group Yennn..... Tergeliat seketika lidah Athaaz untuk menyebutnya kerana tidak diajarkan sebegitu di negara beliau. Perjalanan kuliah lancar dengan pembelajaran menarik oleh Dr. Rajgopal berserta jokes2nya yang
Rakan karib Athaaz - Nahar
Memandangkan Athaaz gagal, team IIR cuba menaikkan kembali moral beliau yang telah jatuh. Bersembahyang Jumaat di Masjid ternyata merupakan pengalaman berharga bagi Ataaz. Seringkali dia dihamburkan maklumat mengenai bayaa2.. namun, pada kali ini, bayaa2 yang akan dijumpa

Dengan berakhirnya episod tersebut, maka berakhirlah IIR episod ke3.. Adakah akan ada lagi episod ke4? Sama2 laa korang tunggu kerana hari ni aku tgh bosan sebab si temple depan rumah tu dah 3 bln buat konsert dan hari ini adalah puncaknya.. tak berhenti2 berkonsert dari malam tadi sampai ke pagi ni sampai le ke malam karang kot. Puncanye disebabkan si Haiyappa-tuhan yang menjaga karnataka akan turun hari ni dan nak makan tebu? huhuhu.. makan tebu jer sampai 3 bln buat konsert.. adeh...
IIR lama menyepi kerana masalah sposor dan macam2 lagi (padehal aku dah nak final dan malas lak nak berblogging nih... sape2 yang tag2 tu.. sori ler sebab dah lamer tak bukak blog pon.. apetah lagi menjawab soklan2 tu)... okes semuer.. stadi leklok and tunjukkan kat diorg bahawa kita boley.. adiosss...